Tinggalkan Link Anda Disini... Saya Akan Melawat Anda Pula =)

Tinggalkan Link Anda Disini... Saya Akan Melawat Anda Pula =)

Tinggalkan Link Anda Disini... Saya Akan Melawat Anda Pula =)

Thursday, September 08, 2011

Kita Satu Keluarga, Kami Satu Keluarga


Baru lepas mak aku call. Memula dia tanya ' Kak biskut coklat yang ada kacang atas tu biskut ape ek?' aku cakap, biskut coklat la. tak ingat nama apa', ' Ada rasa halia kak, pastu macam tak rangup, dah lemau ke?' 'tu sebab tak berapa jadi la, kan 1st time buat, hehe'.. 'ada orang ni complaint kak'.. 'bla. bla.bla....' . Aku tau, adik2 aku la tu yg tukang complaint tu.. makan nak sedap je, tolong taknak. Nyampah!

Dari isu biskut raya beralih ke isu duit dalam bank beralih ke isu sensetiviti kekeluargaan beralih pula ke isu menjaga hati beralih pula menjaga hubungan sesama manusia beralih ke isu hari ini dan masa depan.

Sebenarnya, dulu masa mak aku susah, mak aku ditindas. Masa dia susah payah membesarkan ktorang, ada yang menganggap mak aku tu tak ada perasaan. Perli, sindir, tengking, diperbodohkan, jeling menjeling, serang menyerang dan macam2 lagi tu semua mak aku dah rasa. Masa tu aku baru umur 9-10 tahun kot. tapi aku takkan lupa macam mana keadaan mak aku masa aku balik dari sekolah aku tengok mak aku menangis meraung. Tak perlu la di senarai pendekkan apa itu ini, sebab nak disenarai panjangkan pun aku takut tak larat jari ni nak menaip. Lagipun kami dah forgive and forget, but not really forget honestly. =). Tapi cukup la aku bercerita untuk dijadikan pengajaran, bukan untuk mengaibkan sesiapa. Menyanyangi anak yatim dan ibu tunggal tu besar ganjarannya.

Tapi walau apa pun, kami satu keluarga masih mengaggap kita ni semua satu keluarga. Kami tak berdendam pun, tak akan ada acara balas membalas dendam. Cuma nilai sensetiviti kami terhadap kamu mungkin dah berkurangan, tapi masih ada. Jangan la nak mengharapkan kita ni datang bermanja membelai bermesra dengan awak sebulan sekali hatta setahun sekali pun belum tentu dapat. jangan la mengharapkan apa2 dari kami. Sebab kami ni dah lebih sedekad hidup tanpa nilai kekeluargaan sebenar dari kamu2 semua. Rasa bersalah pula kalau korang mengharap tapi kami ni mengecewakan.

Oleh itu, mak jangan la sedih kalau rasa tersisih, kita kan dah biasa mak. kita kan bahagia je walau kita ni disisihkan. lagi baik macam ni kan mak. Adik beradik sendiri pun dia tergamak reject, ape la sangat yang ada dengan kita ni. Elok la kita macam ni, jauh bau bunga, dekat kan bau busuk. pepatah ke tak ntah yang aku cakap ni. Anak2 mak, adik beradik mak, anak2 sedara mak yang lain kan sayang mak. kami pun ada mak, adik beradik, pakcik ,makcik, atok, nenek, sepupu sepapat yang sayangkan kami. Esok2 kalau ada la siapa2 yang buat mak aku sedih lagi, aku campak garam kat dia. Mak rilek je.

Mak pun risaukan aku, takut aku ni nanti makan hati macam dia satu masa dulu. Aku cakap mak jangan risau. I'll draw the borderline earlier, start from now! berbaik2 ni tak salah, yang salahnya kalau dah baik sangat sampai lupa batas pergaulan, lupa nak berlapik bila berbahasa, lupa nak berfikir bila bercakap.

Aku ni menaip sambil berpikir, aku ni ada tak bergurau sampai buat orang kecik hati ek?? kalau ada kat sini aku mintak maaf. hari raya hari tu pun aku ada jugak mintak maaf dengan insan2 yang aku selalu je bagi sharp shooter.. hehe.. tapi ketahuilah kawan2, tak ada seorang pun yang aku benci dalam hidup aku. Kat Ex boipren yang aku luluhkan jiwa raganya pun aku dah mintak maaf macam nak rak tiap2 tahun, tak dapat call, tak dapat jumpa, walaupun tak friends dalam facebook, tapi still boleh send message kat inbox dia kan.. hehe.. Alhamdulillah, dia macam respon baik je, harap2 betul dah forgive and forget kan.. Aku nak jadi macam mak aku, asek mintak maaf je keje dia, dari kulit muka tegang sampai dah berkedut sikit2 skang ni.. tak give up pun mintak maaf..



Friday, September 02, 2011

Eid Mubarak 2011

Salam Lebaran buat semua. Aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, tersilap kata mengguris hati korang semua..

Tahun ni aku beraya kat JB.. raya pertama selalunya balik kampung kat Pontian. Tapi oleh
kerana Atok dengan nenek aku g umrah balik raya ke-3, so mak decide raya pertama kat JB je, sebab pakcik makcik aku pun hempir semua tak balik Pontian. semua nak balik kampung raya ke-2, nak mengemas, nak masak2..

Syok jugak raya pertama kat rumah sendiri, syok2 sendiri malam raya masak2 dengan mak macam dalam drama kat tv kan, pagi2 raya siap2 bagai nak rak semata2 nak ikut sunnah,
Nabi suruh kita pakai lawa2 pagi raya, pergi masjid takbir raya, tapi sayangnya aku tak dapat g
masjid sebab tido lambat jahit langsir, dah tidur nya lambat, maka bangun pun lambat laa..


Langsir mak aku kaler merah ye tahun ni.. ala2 Gong Xi Fa Cai gitu.. hahah... memang lepas dia tunjuk aku kain langsir tu, aku terus diri nyanyi lagu 'dung dung dung cheng!! cheng cheng cheng chenggg!! cheng cheng cheng chenggg cheng cheng cheng cheng!!!' macam bunyi lagu tarian singa tu kan... sentap mak aku nok... hahah.. tapi aku suka je tengok dia bersemangat nak beraya.. =)


Bukan setakat langsir je merah...


Carpet merah, sofa merah, sarung kusyen merah..
amboi3 Mak Idah... merah berdarah mata i..


carpet depan tv pun nak merah ok.. bakul sampah pun nak merah..

bukan mak je yg nak merah2.. adik pun sibuk nak letak carpet merah dalam bilik dia.. huhh..

Pagi raya tu dah pakai lawa2 wangi2 makan sedap2 pastu snap2 gambar..


tengok tu, handbag Mak Idah pun nak kaler merah ye u'olls.....

Tapi tema baju raya kami bukan merah. PINK ye sayang... Kak Nita sayyangggg~ xoxo..


Dengan anak buah aku pun kena matchingkan dengan warna merah.. hahaha..

Lepas snap2 gambar pagi raya, ktorang pergi jusco.. lepas beraya kat jusco (hantar duit raya.. haha) ktorang pergi rumah Cik Don, adik mak, pakcik kami.. anak2 Cik Don hensem2 ok.. sape2 nak berkenalan boleh la bodek2 aku.. hehe.. lepas g umah Cik Don ktorang 3 family g umah Cik Senah pulak, Cik Senah ni adik mak yg no 5 kot.. ke no 6, tak pasti.. Cik Senah ni pandai masak.. kalau aku ada restoran satu hari nanti, aku nak lantik Cik Senah aku ni jadi MasterChef.. dia masak ape semuanya sedap.. husband dia, Cik Azip pulak pandai nyanyi, suara sedap sunggoh, dia aritu masuk pertadingan Kilauan Emas Polident yang ada kat Astro tu, dapat No.4 okay.. lepas tu, semua orang pulak datang rumah ktorang.. lepak2 sampai tengah malam.. esoknya pulak berkumpul umah Atok kat Pontian..

Aku suka berkumpul ramai2 dengan dorang.. family aku takde la dahsyat sangat, tapi semuanya cool, kacak2, comel2, kelakar2, baik2 hati, caring2.. semuanya sayang menyanyang antara satu sama lain.. hahaha... aku rasa comel je cakap camni... haha..

Hari ni raya ke-4, ni tengah tunggu Abang dengan Kak Fiza sampai dari KL.. hehe..

Esok nak balik kampung belah arwah ayah kat Kota Tinggi pulak, ada kenduri arwah ayah dengan Tok.. doakan kami semua selamat pergi dan balik..



Secebis Kenangan Untuk Sepanjang Hayat

Ramadhan tahun ni rasa lain sikit dari tahun2 lepas. Mungkin ada kaitan dengan aku yang tinggal sorang2 kat rumah baru , sebelum ni kan tinggal berlima menyewa dengan kawan2.. dan mungkin ada kena mengena dengan pemergian Tok saya, Tok Nah, nenek belah arwah Ayah.

Ayah dah 15 tahun pulang ke rahmatullah. sejak dari itu dan sejak dari permergian ayah, kami sekeluarga tidak lagi rapat dengan arwah Tok Nah, dan juga keluarga sebelah ayah, ada satu jurang yang menjarakkan hubungan kami, tapi silaturrahim antara kami tidaklah sampai terputus. Emak aku sentiasa jelaskan pada aku adik beradik yang keluarga belah ayah adalah wali kami, kena pergi rumah Tok, pakcik makcik, ziarah dorang jangan sampai terputus silaturrahim. mak jugak selalu cerita kenangan2 masa lalu dengan arwah Tok, dengan cara tu ktorang selalu ingat kat Tok, kadang2 rindu nak jumpa tapi tak terdaya, mungkin beberapa tahun dulu kami susah. Nak pergi rumah Tok pun tak mampu. tapi sejak 4,5 tahun kebelakangan ni ktorang tiap2 tahun balik umah Tok, kalau jumpa dia aku peluk cium dia, dalam hati ni cakap Yan sayang Tok, rindu Tok, tapi aku kan manusia, ada ego dia, kadang2 aku cakap, tapi selalunya aku cakap dalam hati.. hehe..

Sejak tahun lepas tok selalu sakit, keluar masuk hospital. Aku dengan sedaya upaya akan balik Johor nak lawat Tok. Tiap kali dia nampak ktorang datang dia akan senyum, nak2 kalau ada abang aku, siap gelak2 lagi. Walaupun aku tau dia sakit, tapi sekurang2nya kita tau hati dia terhibur.

Hujung bulan Julai yang lepas, aku kat Terengganu, ada pertandingan KIK (Konvensyen Inovatif dan Kreatif) peringkat Negeri Terengganu. Sebelum hari pertandingan tu mak ada bagitau tok masuk hospital, tapi aku dah kat Terengganu masa tu, nak escape pun tak boleh sebab aku salah sorang presenter. Masa pagi hari pertandingan tu aku dapat call dari Angah, Angah nangis2 bagitau Tok dah nazak. Aku nekad lepas present je petang tu aku nak terus balik. Tapi malangnya tiket flight ke KL cuma ada malam je, pukul 9 malam. Boleh la, dari takde. Malam tu aku sampai KL pukul 12 malam, dari airport terus gerak balik JB, sampai JB pukul 3 pagi, ikutkan hati nak je aku terus g hospital. Tapi aku sedar aku tengah penat, aku takut aku tak kuat nak ziarah Tok. Aku balik rumah dulu, pagi tu aku pergi ziarah Tok, aku sempat tengok dia dalam 15 minit je, sempat aku bisikkan kalimah Allah, aku cium kedua2 pipi dia, mak adik aku bacakan yaasin, lepas tu aku kena turun sebab bergilir2 dengan Angah aku jaga anak dia kat bawah. Angah naik atas tak sampai seminit rasanya Tok pun pergi meninggalkan kami. Innalillah.. lepas maghrib Tok dikebumikan dan malam tu juga aku balik KL.

Aku redha dengan pemergian Tok, aku gembira dia dapat jumpa dengan Ayah dan anak2 dia yang lain kat sana, Insyaallah. Yang pastinya aku pasti akan rindukan dia, senyuman dia sama macam aku rindukan ayah.

Al-Fatihah untuk Ayah dan Tok.

Monday, June 06, 2011

Mazlan Jujur.. Jujurkah Anda?

Sabtu lepas Atok aku datang rumah aku. Maklumlah aku baru pindah rumah. Atok aku memang suka datang rumah baru anak-anak dan cucu-cucu dia.

Ceritanya... Malam sebelum Atok aku datang rumah aku, dia bermalam kat rumah cousin aku kat Bukit Beruntung.. Ntah macam mana tanpa dia sedar, wallet dia hilang.. Panic la semua orang, dan sibuklah semua orang mencari wallet Atok dari dalam rumah, ke luar rumah, ke tangga dari atas sampai bawah, sampai ke parking lot.. tak cukup dengan tu, call pulak cousin aku kat Selayang suruh dia check kat rumah dia, sampai Abang Hairul (my cousin's husband) vacum kereta dia semata-mata nak cari wallet Atok.. dan kerana itu jugak la Atok aku tak tidur semalaman, susah hati wallet hilang.. ye lah, mane tak risau.. dalam tu ada cash RM1050 kot.. dengan IC, lesen, kad bank, segala-segala kad dalam tu..

Time dia sampai rumah aku tu aku nampak muka dia kurang ceria, aku ingat dia penat.. lepas dengar cerita Pak Long, baru aku tau wallet dia hilang.. Aku dapat rasa semua orang pun susah hati, semua orang pun tak ada mood macam Atok.. Aku pun tak de mood.. ye lahh.. baru ingat nak bodek-bodek Atok, nak ngecek barang seratus dua ke.. hahaha.. tak de la.. gurau je ea Tok..

Dan atas kuasa Yang Maha Besar, masa aku tengah drive balik dari tapau lauk lunch dengan adik dan cousin aku (Lin), cousin aku dapat call dari makcik aku kat kampung.. makcik aku bagitau ada orang call bgtau yang dia jumpa wallet Atok.. (Atok aku letak num tepon makcik aku dalam wallet dia) cousin aku pun terus call hamba Allah tu... lepas berkomunikasi secara ringkas, persetujuan dibuat dan kami nak jumpa bersemuka dengan dia kat Puchong, nama dia MAZLAN.. Mazlan nak jumpa Atok face to face.. dan menjadi tanda tanya, adakah duit RM1050 tu dapat diselamatkan??? Mazlan tak nak bagitau.. dia nak jumpa dulu..

tepat pukul 4.00 petang kitaorang berenam (aku, Daus, Lin, Abg Ijai, Atok, PakLong) pergi bersemuka dengan Mazlan.. Abg Ijai driver, aku ikut sebab aku nak kena tunjuk arah jalan.. Pak Long, si Daus dengan Lin ikut sebab ape aku tak tau.. tapi hanya Allah saje yang tau.. kitorang sampai pukul 3.55 ptg.. Mazlan sampai tepat pukul 4.00 ptg.. dalam hati aku berkata "owh, dia ni tepati waktu.. bagus2.." dan pada moment dia serahkan wallet Atok, aku pasang telinga.. dia cakap, dia langsung tak sentuh duit tu.. kalau terkurang memang dia tak tahu apa2.. Atok aku pun kira-kira.. dan SAH!! duit dia tak ada yang terkurang walau satu sen pun.. di saat itu, aku tengok muka dorang kekaguman.. aku pun kagum.. sungguh aku respek dia..

Aku rasa, kat KL ni, bukan KL je la.. kat Malaysia ni umumnya.. susah nak jumpa manusia yang jujur.. aku mengaku, aku pun tak sejujur Mazlan.. dengan kepayahan hidup zaman terdesak ni, masih ada yang sebaik itu.. Aku rasa, kalau orang lain jumpa, walau ada rm5 pun dalam tu belum tentu selamat.. entah-entah kalau serah kat polis pun belum tentu duit dalam tu dapat diselamatkan.. bukan aku berfikiran negetif.. tapi ini hakikat kehidupan..

Untuk pengetahuan semua, Mazlan tu cerita, dia pernah terjumpa rm100,000.00 segulung kat tempat kerja dia.. dan dia serahkan balik duit tu, tu duit salah sorang customer dia punya.. masa dia cerita tu, aku dengan cousin2 aku terbeliak bijik mata.. masing2 dah kira-kira dengan calculator enset, boleh beli apa dengan RM100K.. pada pendapat aku, dapat sebijik vios pun ok.. pastu yang balance tu boleh buat down payment beli rumah ke.. hehehehe... tapi, sendiri mau ingat la.. kalau nanti bila tiba2 kereta vios tu tergolek masuk gaung ke.. terbabas langgar lori balak ke.. masa tu jangan ko nak menangis mengadu nasib ko malang ke ape ke.. sekarang ni tuhan bayar cash.. dan sebab tu jugak tuhan gerakkan hati Mazlan untuk kutip wallet Atok aku yang kat atas jalan raya tu.. sebab Allah tau, Mazlan tu jujur, dan Atok aku juga peroleh rezeki dia dari sumber yang berkat.. dari titik peluh dia.. maka, baik di balas baik..

Aku, cousin2 aku, Pak Long aku.. semua la, termasuk mak aku.. kami belajar sesuatu hari itu.. harap yang lain pun dapat belajar sesuatu.

Wednesday, April 20, 2011

Last-last Aku Yang Kena.. Jom g Med Check-Up kat HUKM


Malam semalam, lepas HAAR balik kerja, dia bagi SMS panjanggggggg sangatttttt....masa tu aku dah tido dah.. bangun pagi td baru baca... sebenarnya sengaja taknak baca SMS malam tadi.. hahahha... dia bagi 4 sebab kenapa dia tak setuju degan entri semalam dan pagi ni ada dia bagi lagi satu sebab..

Dipendekkan cerita, sebagai seorang yang lebih matang dan berjiwa luhur (please don't deny it HAAR), aku mengalah dan say Sorry3 pagi tadi jugak~~ hehehe... dan umpan dia dengan ajak g medical check up kat HUKM and Coolblog jugak- malas nak panjang2 citer.. Dan tukar jugak tajuk entri semalam.. =P

Haaaa... nak citer pasal medical check up kat HUKM ni.... MOSTI tengah buat satu research, untuk kumpulkan maklumat kesihatan. So, kita boleh g wat Medical Check-Up Free setiap hari Ahad-Khamis jam 8.00 pagi-5.00 petang.. Pemeriksaan yang akan dijalankan termasuk tekanan darah, jantung, paru2, kidney, darah (glukos, kolestrol, etc2) dan lain2 lagi..

ini borang dia.. Kalau nak g check up, isi borang ni pastu faks...
ada no faks dia kat situ..


Aku dah submit dah borang tu.. nanti dorang akan call untuk set up appointment kot..

Tuesday, April 19, 2011

Baru Aku Tau Kenapa Ramai ******** Dengan Faktor Kesibukkan Berkerja

Punyalah panjang TAJUK haa!! Tapi kalau pependek lak kang korang tak faham maksud aku.. hehe..

Tak perlulah nak didefinisikan setiap satu perkataan pada tajuk di atas.. chewah!! ala2 nak present KIK pulop.. maklum la.. baru balik kursus KIK.. nanti aku citer pasal KIK kat Klantan last week k.. Tak JANJI tau!! hehe

Berbalik kepada tajuk di atas dan merujuk kepada aku yang baru balik kursus KIK ni... disimpulkan cerita, (aku sedar aku punye entri dah konar2 ni.. ) nak citer taknak? nak citer tak nak? ok la.. I citer la..

Iye la.. nak dekat seminggu gak la aku bermaustautin kat Klantan tu.. ini citer yang ni je k.. tak nak la citer kisah aku bermaustautin kat mane2 sebelum2 ni.. kang cakap aku kuat ngungkit lak.. hehehe... So, bila sampai je sini aku pun merehatkan badan secukup2nya, dapat rehat sehari pun cukup la.. rehat tu ialah , bangun pagi pukul 10, makan, tidor..ITU SAJE!! abaikan mandi, TV, internet dan nafsu bersosial.. hahaha.. mase tu, aku rasa bau busuk badan tak mandi itu adalah indah.. huahuahua!! dan bila dah start bekerja hari Isnin-Jumaat tak dapat nak buat perangai macam tu.. EH! lari tajuk lagi ni...

OK, masuk tajuk k... bila aku tak de kat sini, si HAAR tu sibuk la melepak bersenang lenang (padahal aku tau dia cuti kerja sebab nak study utk Exam.. hehhehe..) tapi aku tak dulik!! nak gak cakap dia bersenang lenang, sebab dia tak kerja, dia dok umah tgk TV, tgk bola, study, g Exam, balik Exam g senam2, g melantok kat umah akak dia - save beras sendiri, etc etc.. pastu, bila aku dah ada kat sini (kawasan sewaktu dengan dia) dia lak boleh start pulun kerja.. pastu kerja pulak bantai shift malam je.. tiap2 hari ok!!! bukan tak boleh nak request kerja pagi kan?? bukan aku tak de cakap pasal ni pun..

Kawan-kawan jangan salah paham.. bukan la aku ni queen control nak dok meng'adjust' jadual kerja beliau, tapi, touching gak r bila balik kerja kita mengharapkan seminggu yang aku ada kat sini ni (minggu depan g Klantan lagi seminggu - nak cari balak Siam yang kacak macam pelakon) boleh la dia teman aku g baca buku kat MPH ke, g melayan tekak aku melantak makanan2 barat ke, paling-paling koman pun layan aku mengumpat kat warong satay.. bukan dia tak tau yang aku ni bukan senang nak ada masa free.. hehehe.. cam bagus lak aiii, cam YB kan gaya idup aku ni?? hahhaaha... bukan mintak 8 jam 7 hari seminggu pun.. dapat bagi sejam dua 5 hari seminggu pun ok kot.. tak dapat 5 hari 3 hari pun cukup..

Tapi tu la.. skang ni aku rasa cam nak merajuk atas alasan, 'aku benci dengan kesibukkan kau mase aku tengah free!' atau dalam ayat pasifnya 'faktor kesibukkan kau membuatkan aku rasa taknak bercakap dengan kau!'.. bila aku cakap nak pergi memana sibuk la buat2 muka menyebik konon macam aku ni nak g Disneyland horrey2 dan meninggalkan dia kat gurun sahara konon kannn....

Aku tau, nanti kalau aku cakap kat dia pasal ni mesti dia cakap, orang lain yang dok jauh2 tu nak jumpa setahun sekali pun susah.. pastu cakap aku ni tak reti bersyukur la apa la.. bukan camtu eh... bukannn bukannn bukannn!!! (jari telunjuk tu angkat depan muka, pastu goyang2kan kan kekiri dan kekanan dalam jarak sekaki dari depan hidung ok! hehe) dorang yang jauh2 tu memang tak leh nak adjust camne dah.. awok yang boleh amek option kerja malam or pagi or middle.. pun awok tak leh nak adjust, pastu kite tau awok tu nak save time awok siang nak g gym kan?? cheiittt!!!! Esok...................kalau aku g Spain tak balik2 baru ko tau ea............ jangan nangeh2 tepon webcam SKYPE suh aku balik!!! Nehi nehi nehi!!! walaupon kau nak sponsor tiket kelas bisnes!!

Haishhh.. selesai!!! ini lah kesan memendam perasaan.. (dengar lagu UKIRAN JIWA - AWIE gih!!)

Pueh ati den!! kikiki..

Mekasih yo! sudi mendengar ghintihan ati den ni.. =P balik ni nak makan meggi, nak tgk TV, tgk citer sedih2.. nak golak kuat2!!! ape nak jadi jadi la..

haaaa.. berbalik kepada tajuk di atas.... nampak tak kesan kesibukkan kerjaya masing2 dalam masalah tersebut??? nampak takkk???? hehee.. kalau nampak , ce angkat tangan macam awok ni.... wkwkwkwkw..
sebenarnye tak ada la besar mana pun.. small matter je pun.. cuma touching je lebey!! kang ni esok2 dapat r demand nak makan lelebih.... mesti ada orang blanje punye, nak ilangkan rasa bersalah la katakan~~~ huhuhu.. murah rezeki dapat la coolblog selori ke.. hahahha...

Wednesday, February 23, 2011

handphone tertinggal

Perasan HP tertinggal masa tengah drive nak ke office pagi tadi. Raba-raba pocket handbag dengan tangan kiri rasa kosong je. Nanti kat office cari betul-betul la. Sampai-sampai je office aku terus call HP aku guna tepon office, letak handbag atas meja, telinga tekup kat handbag.
takde bunyi pun.. sah la tertinggal kat rumah..

kena terus call Boss ni, sebab Boss aku lagi suka call HP aku dari call tepon office.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

SCENE 1

Boss pulak call aku tepat jam 8.05pagi.
!!Ring Ring, telepon berbunyi..

Yan : Hello, ye Dr.
Boss : Yan, buku HPAI Roadmap ASEAN tu ada lagi tak?
Yan : Ada, tapi tak cukup set dia. CD dengan buku Prevention je kot yang ada banyak, ada lebih 10 rasanye , yang lain sikit-sikit je.
Boss : Buku Raodmap ada berapa?
Yan : errr... tak pasti la Dr, nanti saya check.
Boss : ok, nanti Yan dapatkan dalam 10 ke, dengan CD pun 10. Nanti Yan uruskan hantar buku tu kat MINES ye.. pukul 2.
Yan : ok dr.

Letak tepon.

Oleh sebab menggelabah dapat task pagi2. terus lupa nak inform Boss yang handphone aku tertinggal. Call Boss balik.

Yan : Hello Dr.
Boss : ye Yan.
Yan : Dr, saya lupa nak cakap yang HP saya tertinggal kat rumah. hehehe.
Boss : haa... itu lah, saya call tadi tapi dia bunyi-bunyi je tapi tak nak angkat.
Yan : ( derrr.... dah tertinggal mcm mana nak angkat.. ) ermm.. hehehe.. itu la, saya baru perasan ni HP tertinggal.. lagi satu, nama seminar room kat MINES tu Hang Jebat.
Boss : ok.. thanks ye. nanti Yan kalau dah sampai MINES Yan SMS saya ye.
Yan : ( hai laaa... kan dah cakap tadi HP tertinggal ) ok, nanti saya pinjam la HP sesiapa SMS Dr ye.

DANG!!

SCENE 2

Nak call Angah aku, tapi tak ingat no HP dia. So, aku call la Mak untuk dapatkan no.Hp Angah. lagi sekali dengan menggunakan telefon office.

Mak : yerr.... Assalamualaikum... (suara mamai-mamai)
Yan : Waalaikumussalam.. tidur la tu.. (dengar bunyi buai Ziyad, mesti sambil tidurkan Ziyad, dia pun tidur sama)
Mak : hehe.. baru nak tidur kak..
Yan : hehe.. mak, Hp Yan tertinggal kat rumah tau. Ni Yan nak mintak No tepon Angah ni. Mak ada simpan kan?
Mak : Ada.. tapi dalam HP ni la.. macam mana mak nak bagi??
Yan : laaa.. takpe, mak bukak je phonebook dia, Yan tunggu ni.
Mak : ok2 kejap.. (tit tit tit - dengar bunyi dia tekan2 keypad)

~ dan tiba-tiba talian terputus... aku dah agak dah.. tak reti bukak la tu..
~ lepas seminit call bali.. engaged..
~lepas lima minit call balik..

Mak : Akak!! hahahahaha.. (amboi.. tak sempat aku bagi salam.. terkejut tau!) awak tau tak.. tadi mak call Angah.. mak cakap la kat dia yang HP awak tertinggal kat rumah.. mak cakap cam ni..

" Mak : Angah, Yan tu HP dia tertinggal kat rumah,
dia mintak Mak no awak tadi tapi terputus pulak,
awak mesej kan Yan tu no awak kat dia ea.
Angah : Mak, apa mak cakap ni?
mcm mana Angah nak mesej dia kalau HP dia tertinggal? "

Mak : hahaha.. apa la mak ngko ni.. Mak ni tengah mamai sebenarnye kak.. haaa.. awak ambik no Angah ni, mak dah salin kat kertas tadi.. 01********...
Yan : ok Mak.. Tenkiu.. pergi la sambung tidur.. sorry ye i kacau u pagi2..
Mak : haaaa.. tau pun.. *bla bla bla................

kesimpulan :
Jangan bangun lambat, nanti kelam kabut, maka tertinggal la Hp dan itu dan ini... Walaupun aku rasa agak aman damai tanpa HP, tapi zaman sekarang ni hidup tanpa HP dah tak boleh di terima umum.. hehe.. seriusly aku rasa aman sungguh tanpa gangguan HP.. langsung tak ada rasa bersalah.. hehehe..